Sunday, January 31, 2010

ikan muke sedih..


IKAN yang dinamakan blobfish memiliki reputasi sebagai haiwan yang sentiasa kelihatan sedih. Kini, ekspresinya selari dengan nasib dirinya kerana saintis memberi amaran tindakan nelayan menggunakan pukat tunda di habitatnya di tenggara Australia bakal menyebabkan spesies ikan ini pupus.
BLOBFISH...antara spesies ikan berwajah hodoh.
JADI MANGSA...Blobfish yang hidup pada kedalaman 800meter.
Lebih menyedihkan, ikan ini tidak boleh dimakan tapi malang baginya kerana menetap di kawasan sama dalam dengan spesies idaman manusia, seperti ketam dan udang kara.
Pakar laut dalam, Profesor Callum Roberts dari Universiti York menyatakan, ikan ini berdepan pelbagai sekatan untuk hidup di sebarang kedalaman.
Roberts, penulis buku The Unnatural History of the Sea menerangkan, ikan itu mudah terperangkap di dalam pukat nelayan dan habitatnya hanya terhad di kawasan terbabit.
“Nelayan laut dalam Australia dan New Zealand antara paling aktif di dunia dan bagi ikan blobfish, kedalaman habitat semulajadinya amat berbahaya buat dirinya.
“Hakikatnya, pukat tunda bukan saja memusnahkan habitat blobfish tapi semua jenis habitat semulajadi lautan.
“Meskipun ada juga kawasan menjadi kawasan perlindungan di Laut Selatan, ia wujud bagi melindungi karangan laut, bukan blobfish.
“Sebelum ini, perikanan dilaksana secara keterlaluan pada kedalaman 200 meter dan kini ia beralih pula pada kedalaman ribuan meter.
“Pada 2006, pencinta alam semulajadi hampir-hampir berjaya memperoleh persetujuan terhadap penggunaan pukat tunda di laut dalam.
“Namun, Iceland menolaknya dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terpaksa bertanggungjawab melindungi spesies laut dalam.
“Jika dikaji luas kawasan laut dalam yang sudah dikaji, ia hanya sebesar Paris. Kawasan lain masih belum dikaji tapi ia mungkin sudah musnah,” katanya. — Agensi

No comments:

Post a Comment