Monday, February 22, 2010

suatu pagi yang hening...

bermulalah pergembaraan pejajar-pelajar HMT329

ketika kami menjelajah sekitar pasar Lip sin








papan tanda yang perlu kami kaji




kami mendapat taklimat dari DR. Radiah
Corat coret saya
Tepat jam 6.30 pagi,12 januari 2010 semua pelajar yang mengambil krusus HMT329 diwajibkan berada di stadium Hoki Usm. Arahan telah dikeluarkan oleh Dr.Radiah Yussuf. Beliau telah mengarahkan kami untuk berpakaian sukan. Semua pelajar menyangkakan untuk bersenam di kawasan stadium selama 4jam tetapi sangkaan mereka meleset. Dr.Radiah telah membawa kami mengembara melalui jalan bukit gambir menuju ke bukit jambul. Sepanjang perjalanan kami, beliau telah menunjukkan beberapa aspek yang berkaitan dengan analisis konstrasif. kami juga telah diperkenalkan dengan beberapa bahasa papan tanda yang ternyata menyalahi penggunaan bahasa Malaysia.
Terdapat juga beberapa papan tanda yang tidak boleh kelihatan oleh para pemandu yang melalui jalan bukit gambir-bukit jambul kerana papan tandanya tersorok atau diletakan ditepi pokok. Oleh kerana papan tanda itu diletakan di tepi pokok maka masej yang hendak disampaikan kepada pengguna jalan raya tidak sampai. Ada juga perletakan 'bina' yang senget dan akan menyukarkan para pemandu untuk membacanya. Kami telah menuju ke public phone atau talifon awam yang berdekatan untuk melihat arahan yang terdapat pada talifon berkenaan namun bahasa yang digunakan adalah bahasa Inggeris bukan bahasa Malaysia. Berhampiran dengan talifon awam itu terdapat sebuah jejantas dan kami melihat terdapat beberapa perkataan yang kurang meyenangkan mata untuk memandang dan membacanya. ini bermaksud terdapat kata-kata makian atau cacian yang ditulis di bawah jejantas untuk menunjukkan ketidakpuas hati kepada seseorang serta kata-kata yang kesat.
Kami telah melihat kepada 'bina' yang diletakan di kawasan perumahan yang bertaraf standard iaitu perumahan kos mewah. penggunaan katanya ialah 'Asia Hills' yang merujuk kepada orang yang lebih tinggi taraf peribadinya atau orang yang berkemampuan untuk membeli rumah berkenaan. Perkataan pada 'Bina' yang digunakan mempunyai maksud tersirat dan tersurat. Para pemaju tidak menggunakan kata-kata 'direct to point' untuk menunjukkan bahawa kawasan perumahan itu hanya untuk mereka yang berkedudukan tinggi.