Sunday, January 31, 2010

ikan muke sedih..


IKAN yang dinamakan blobfish memiliki reputasi sebagai haiwan yang sentiasa kelihatan sedih. Kini, ekspresinya selari dengan nasib dirinya kerana saintis memberi amaran tindakan nelayan menggunakan pukat tunda di habitatnya di tenggara Australia bakal menyebabkan spesies ikan ini pupus.
BLOBFISH...antara spesies ikan berwajah hodoh.
JADI MANGSA...Blobfish yang hidup pada kedalaman 800meter.
Lebih menyedihkan, ikan ini tidak boleh dimakan tapi malang baginya kerana menetap di kawasan sama dalam dengan spesies idaman manusia, seperti ketam dan udang kara.
Pakar laut dalam, Profesor Callum Roberts dari Universiti York menyatakan, ikan ini berdepan pelbagai sekatan untuk hidup di sebarang kedalaman.
Roberts, penulis buku The Unnatural History of the Sea menerangkan, ikan itu mudah terperangkap di dalam pukat nelayan dan habitatnya hanya terhad di kawasan terbabit.
“Nelayan laut dalam Australia dan New Zealand antara paling aktif di dunia dan bagi ikan blobfish, kedalaman habitat semulajadinya amat berbahaya buat dirinya.
“Hakikatnya, pukat tunda bukan saja memusnahkan habitat blobfish tapi semua jenis habitat semulajadi lautan.
“Meskipun ada juga kawasan menjadi kawasan perlindungan di Laut Selatan, ia wujud bagi melindungi karangan laut, bukan blobfish.
“Sebelum ini, perikanan dilaksana secara keterlaluan pada kedalaman 200 meter dan kini ia beralih pula pada kedalaman ribuan meter.
“Pada 2006, pencinta alam semulajadi hampir-hampir berjaya memperoleh persetujuan terhadap penggunaan pukat tunda di laut dalam.
“Namun, Iceland menolaknya dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terpaksa bertanggungjawab melindungi spesies laut dalam.
“Jika dikaji luas kawasan laut dalam yang sudah dikaji, ia hanya sebesar Paris. Kawasan lain masih belum dikaji tapi ia mungkin sudah musnah,” katanya. — Agensi

LeLaki vs wAniTa

1. Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

3. Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

4. Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

5. Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

6. Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

7. Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

8. Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

9. Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

10. Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

11. Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

12.Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

13. Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

14. Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

15. Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

16. Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

17. Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

18. Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

19. Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.

20. Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

21. Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

22. Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

23. Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

24. Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

25. Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

26.Suka dimanja
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

sYg eMak..

Ibu, mama, ummi atau apa sekalipun panggilan manja yang anda gunakan untuk memanggil mereka tetap sahaja niat dan tujuan kita semua sama. Adalah untuk memanggilnya dengan panggilan yang beliau suka dan merasakan lebih dihormati oleh setiap anak-anaknya. Jika kita mengambil masa dan waktu yang terluang untuk mengimbas kembali di saat-saat mereka bersabung nyawa ingin melahirkan kita ke dunia, Subhan-ALLAH! Tidak setanding dengan pemberian hadiah yang sudah kita berikan. Tangan yang mengayun buaian tanpa mengenal erti penat adalah untuk kita semata-mata agar dapat merasakan nikmat tidur yang nyaman. Tangan mereka juga tidak pernah kenal erti jemu mengasuh dan mendidik diri kita hinggalah kita bisa melangkahkan kaki ke alam dewasa.
Jika kita diberi kesempatan untuk mengendong ibu kita di belakang bahu, lalu mengelilingi kaabah bersamanya sebanyak tujuh kali, belum tentu kita dapat membalas setitik air susu yang diminum kita sewaktu bayi. Masya-ALLAH! Kata-kata ini saya pinjam daripada Dr Haji Fadhillah Kamsah. Lihatlah wahai para sahabat ku, betapa hebatnya cinta seorang ibu terhadap diri kita. Betapa hebatnya setiap kasih dan sayang yang telah diberikan oleh beliau! Namun, masih ramai di antara kalian semua yang tidak pernah mahu menghargai setiap kebaikan dan keikhlasan mereka itu. Malah kalian masih bisa mengguris dan membekaskan lagi luka di hati mereka.