Sunday, October 24, 2010

sAtu jAm jE tUK sAye JuMpA kAmu...so PLZ.....

kEmaNiSaN mULut Mu menJAdi pAhit di Hati Ku.

Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.

Orang yang paling bahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya membuat yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas karunia itu.

Hanya diperlukan satu menit untuk menilai seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, namun butuh seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba. Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang telah menyentuh hidup mereka.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang berarti Anda hanya untuk menemukan pada akhirnya bahwa tidak pernah ada dan Anda harus membiarkan pergi.

Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih ingin mencoba, tidak pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup, jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika Anda masih tidak dapat melupakannya.

Ada hal-hal yang Anda benar-benar ingin mendengar tetapi Anda tidak akan pernah mendengar dari orang-orang yang Anda harapkan untuk mengatakannya. Namun, jangan tuli mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

Memberikan semua cinta Anda kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan mencintai Anda kembali. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggu sampai tumbuh di dalam hati mereka, tetapi, jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh di hatimu.

Thursday, October 7, 2010

rAya vS oPen HousE...

muke2 ceria kami sepanjang aidlfitri 2010..........


eceh2...
senyum abs dia ea...




kt dalam kereta..
time ni bru pas balik dr beraya umah sedara-mara si dia..

amboi..serius ye dia bwa krta..
tp tetap macho..hehehe...


alo2...senyum kambing....
xikhlas langsung senyum dia ni..huh



ni time kt umah saye...
d open hause..open house kali ni yang ke-2.
yg 1st sya xdpt balik sbb d hal2 tertentu..hhhuhuuhuhu..
walaupun org2 tertentu je yg dijemput tp meriah open hse ni...
kite pnya abg tecnition...
dia lh yg bertungkus lumus mendendangkan lagu...
mriah kn bile d lagu raye time open house...
kereta kesayangan kami..
ni lah buah hati pengarang jantung kesayangan eN.shah...
xmau ganti krta lain,kate nye kereta ni adalah yg 1st dia beli...
so dia sYG sgt kt kereta ni..


ni Gelagat kami 3beradik..
memamg giler2 kami bertiga ni...
kami mempunyai kegemaran yang sama iaitu suke makan puding..
yang di buat oleh emak kami...
puding lain kami xkan makan...
puding yang hanya emak kami masak sahaja yang kami akan berebut2..
hehehhehe..

that's my family...
emak & abah kesayangan kami...
mak ngan abah muke keletihan...
mane xnye,diaornag yang masak sendiri laok pauk yang dihidangkan..
kami bertiga just tolong2 je...


alamak..!!!!gambar ni kabur lh plak...
huhuhu...sory cYG ye...hehehe


nOOr AsHmeeRA & sItI raziAh..
kami selalu je di salah ertikan..
kebanyakan orang akan cakap,yang mane 1 adik yang mane 1 kakak?
emmm...........
tp kami xkisah pn...sbb ye kami mmng sama saiz...
baju kami pn same....

alo....dia xpakai bju yang sama dgn saye lor..
huhuhuhu.....
'semoga kami berdua bahagia hingga ke anak cucu'
amin......
gambar kami lg....
time ni nak amk dgn adik je...
tetiba d mahlok kt belakang 2....
emmmmm....




























hAnYA kAmi...

oRg jAuH dTG PeNAng......hihihihi............


daTiNg kt daLaM keReTa...
sebEnAr YE xThu Dh nK g MAnA...hak3..



sIaN dia..pEnAt koT meLaYaN keRenAH aQ....
sAbAQ ye kaMu..


seBeLum MkN seMpAt poSe 2....
isH2....nTh pApE Lh kN...



ni TimE sAhoR kt PadANG koTa.
dGn muKe meNgaTok..LaYan kAn je mAmAt 2..




Wednesday, October 6, 2010

iNdAh kHabAR daRi rUpa..

aDaKah pErLu uNtUk meMbeZaKaN taRaF dLm seSuAtU perHubUnGan...?

knp BaRu seKaraNg henDak memBezakaN taraf dlm sesuatu perhubungan sedangkan 2 jiwa sudah saling menyayangi....
berLagAk kaH seorAnG maHasisWA apAbiLA berKata kasAr dgN dia?muNgkIn tiDaK di SenGajaKan baRangkaLi..kNp perlu di PerbesArkaN...
aQ mAsih terFikir2 aYat apekAh yg seeLok ye tUk aQ guNA...aQ buNtu dGn keAdaaN dirI aQ senDri...keHiduPAn yG aQ tEntuKAn saMA seKALi meNyiKsA hiDup aQ..
aQ seNdiri tiDAk pErnAh memPerkeciLkan tArAf peNdiDikAn diA..wALaupuN dia haNya Lah di TarAf seKoLAh biASA sedANgkAn aQ beRada di tArAf yG LebiH tiNggi dr dIa...aQ seDar,dUnIA iNi hNYa LAh pInjAmAn seMatA2..biLA2 mAse Je seMUa yg kIta mIliKy aKAn hILang...
tP kNp seDaNg aQ mEnErImA keTenTuaN itu,aQ di pUkuL dGn dUgAAn sebEgInI.....aQ adALah mAnUsiA biAsA yG x PerNAh LepAs dr buAt siLAp..iNi aDaLAh bALasAn Yg aQ haRus tErimA daRi-NYA...
wAhAi sAnG aTi..tEnAngLah mEnerImA kEaDaaN iNi..pAsRah LaH aTas aPe Yg seDanG berLaku...




Sunday, March 28, 2010

Bacaan al-Quran qari kecil

SESUNGGUHNYA nasihat ini amat berguna kepada setiap daripada kita yang pada hakikatnya sentiasa menerima ujian Allah SWT, sama ada secara kita sedar ataupun tidak, kecuali bagi mereka yang sentiasa muhasabah diri.

Kitab suci al-Quran adalah sebaik-baik bacaan bagi orang mukmin, sama ada di kala senang mahupun di waktu susah, di saat gembira ataupun ketika dirundung duka.

Hakikatnya, membaca al-Quran, sama ada kita mengetahui maksudnya ataupun tidak, adalah termasuk dalam ibadah, amal soleh dan memberi rahmat serta manfaat bagi yang melakukannya; memberi cahaya ke dalam hati yang membacanya sehingga terang benderang, juga memberi cahaya kepada keluarga dan rumah tangga tempat al-Quran itu dibacakan.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Kepada kaum yang suka berjemaah di rumah-rumah ibadat, membaca al-Quran secara bergiliran dan mengajarkannya terhadap sesama, akan turunlah kepadanya ketenangan dan ketenteraman, akan terlimpah kepadanya rahmat dan mereka akan dijaga oleh malaikat, juga Allah akan selalu mengingati mereka. (riwayat Muslim).

Justeru, bukan sahaja membaca al-Quran yang menjadi ibadah dan amal yang mendatangkan pahala dan rahmat, tetapi mendengarkannya juga besar manfaatnya.
Surah al-A'raaf ayat 204 menjelaskan tentang pahala orang yang sekadar mendengarkan bacaan al-Quran yang bermaksud: Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah (baik-baik) dan perhatikanlah tenang, agar kamu mendapat rahmat.

Ini kerana, mendengarkan bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras, serta mendatangkan petunjuk. Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberi kepada orang yang mendengarkan bacaan al-Quran dengan baik.

Demikianlah besarnya mukjizat al-Quran sebagai wahyu Ilahi, yang tidak bosan-bosan dibaca dan didengari. Sehinggakan semakin kerap orang membaca dan mendengarkannya, semakin terpikat hatinya kepada al-Quran.

Apatah lagi apabila al-Quran itu dibaca dengan lidah yang fasih, dengan suara yang baik dan merdu, ia akan lebih memberi pengaruh kepada jiwa orang yang mendengarkannya dan bertambah kukuh imannya.

Bagaimana keadaan orang mukmin tatkala mendengarkan bacaan al-Quran itu digambarkan oleh firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, hanyalah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Allah lah mereka bertawakal. (al-Anfaal: 2)

Diriwayatkan pada suatu malam, Nabi Muhammad SAW mendengarkan Abu Musa Al-Asy'ari membaca al-Quran sampai jauh malam. Setibanya baginda di rumah, baginda ditanya oleh Aisyah r.a., apa sebabnya baginda pulang sehingga lewat malam. Rasulullah menjawab, bahawa baginda terpikat oleh kemerduan Abu Musa Al-Asy'ari membaca al-Quran, seperti merdunya suara Nabi Daud a.s.
Malah di dalam riwayat, banyak sekali disasterakan, betapa pengaruh bacaan al-Quran pada zaman Rasulullah terhadap hati orang-orang kafir yang setelah mendengarkan bacaan al-Quran itu.

Tidak sedikit hati yang pada mulanya keras dan marah kepada Nabi SAW serta pengikut-pengikutnya, berbalik menjadi lunak dan mahu mengikuti ajaran Islam.
Inteam Records Sdn. Bhd. sekali lagi meluaskan pasaran album-album yang bercorak kerohanian dengan menerbitkan sebuah album kompilasi bacaan al-Quran yang bertajuk, Kompilasi Qari Kecil.

Album ini menggabungkan tiga qari yang cukup terkenal dengan kelunakan suara ketika mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran. Qari-qari kecil yang dimaksudkan itu ialah Muhammad Ahmad Zahid, Mahmud Abdullah al- Muslim dan Amir Rafi Nordin.
Muhammad merupakan johan hafazan 30 juzuk peringkat kebangsaan pada tahun 2009. Dalam album ini beliau mengalunkan surah as-Sajdah dan al-Mulk secara murattal (hafalan).
Amir Rafi pula ialah johan tilawah al-Quran sekolah-sekolah peringkat kebangsaan pada tahun 2006 dan 2007.

Dalam album ini beliau mengalunkan surah al-Fatihah, surah al-Baqarah ayat 62-67 dan surah al-Mukminun ayat 1-17 secara bertarannum.
Seorang lagi qari kecil yang terlibat dalam album ini ialah Muslim. Beliau ialah qari kecil dari Mesir. Dalam album ini beliau mengalunkan surah al-Muzammil dan surah al-Insaan secara murattal.

Sebuah lagi album terbitan Inteam Records Sdn. Bhd. berjudul Qari Emas-Bacaan Al-Quran Bertarannum yang disampaikan oleh peserta program Mari Bertarannum yang turut menjadi salah seorang peserta program Kalamullah, iaitu Muhammad Thaqif Fajuri, 13.

Membela pendidikan pedalaman Sabah


ROMBONGAN Mohd. Puad ke lima buah sekolah pedalaman di Pensiangan, Sabah terpaksa melalui tiga batang sungai yang cetek hingga terpaksa mengangkat dan menolak perahu.
"TAK kenal maka tak cinta." Itulah ungkapan yang sering bermain dalam fikiran Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang selama ini hanya mendengar keluhan rakyat Sabah dari jauh terutama yang berkaitan masalah sekolah di kawasan luar bandar di negeri itu.
Berbekalkan keazaman untuk membela nasib warga pendidik dan pelajar sekolah di luar bandar, rombongan Kementerian Pelajaran baru-baru ini melakukan satu perjalanan yang jarang sekali dilakukan oleh orang Kuala Lumpur.
Mohd. Puad dan rombongannya sanggup berjalan kaki menyusuri sungai, bukit-bukau dan meredah hutan belantara sejauh 12 kilometer (km) dari Kampung Kuala Sinapar, ke Sekolah Kebangsaan (SK) Saliliran, Pensiangan yang terletak berhampiran dengan sempadan wilayah Kalimatan Timur, Indonesia.
Sebaik tiba di SK Saliliran, rombongan Mohd. Puad menyelami cara hidup dan pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk terutama berkaitan pendidikan dan keciciran pelajar.
"Selama ini saya hanya dengar keluhan rakyat di sini melalui wakil rakyat mereka dan hari ini saya lihat rungutan mereka ternyata berasas.
"Saya amat bertuah berada di sini. Walaupun baru sampai saya dapat merasakan apa yang orang kampung harapkan selama ini, kita perlu tolong mereka," katanya kepada pemberita yang mengikuti beliau ke kawasan terpencil itu.
Program turun padang memberi harapan baru kepada penduduk luar bandar khususnya di daerah Nabawan. Daerah kecil Pegalungan dan perkampungan sekitar Pensiangan terletak di bawah jagaan Pejabat Daerah Nabawan.
Selama ini hanya mereka yang tahan dan bersemangat mampu meneruskan pendidikan sehingga ke sekolah menengah di Nabawan atau di Keningau iaitu dua bahagian pedalaman di Sabah.
Sempena lawatan kerja selama tiga hari itu, Mohd. Puad mengumumkan pembinaan lebih banyak asrama di kawasan luar bandar dan sebuah sekolah menengah rendah di pekan Pensiangan, sebuah kawasan strategik yang pernah menjadi pusat pentadbiran bagi daerah Pensiangan Nabawan satu ketika dahulu.
"Pembinaan asrama ini amat penting bagi mengatasi masalah murid yang terpaksa berjalan kaki meredah hutan ke sekolah. Terutamanya pelajar atau murid SK Saliliran yang terdiri daripada penduduk Kampung Saliliran, Kampung Lilimpi, Kampung Siubol, Kampung Holobon, Kampung Tampuluk dan Kampung Malalia.
"SK Saliliran adalah sekolah pilihan mereka kerana di sekitar kawasan itu tidak ada sekolah rendah dan kedudukan geografinya yang berbukit-bukau dan berjauhan antara satu dengan yang lain," kata beliau. Berdasarkan tinjauan, antara kekangan utama mengapa berlakunya keciciran ialah faktor kemiskinan serta jarak sekolah yang jauh dari kampung asal pelajar.
Sebenarnya, isu seumpama inilah yang cuba diatasi segera oleh Kementerian Pelajaran yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat termasuk di luar bandar, yang jelas menuntut pengorbanan besar termasuk mengadakan program turun padang seperti yang dilakukan di Nabawan.
Kos pengangkutan

Mohd. Puad berkata, sebagai individu yang bertanggungjawab dalam soal pendidikan beliau akan memastikan masalah yang dihadapi murid dan warga pendidik di sekolah-sekolah terpencil diatasi.
Sementara itu, Antabu Enih yang merupakan Ketua Kampung Kabu menyambut baik cadangan kerajaan untuk membina sebuah sekolah menengah di kawasan itu.
"Dengan adanya sebuah sekolah menengah di kawasan ini sudah pasti lebih ramai pelajar dari mukim ini dapat meneruskan pelajaran di peringkat sekolah menengah.
"Untuk bersekolah di Nabawan, ia memerlukan perbelanjaan yang cukup besar termasuk kos pengangkutan yang tinggi. Sebab itulah ramai pelajar yang tercicir dan apabila ada sekolah menengah di Pensiangan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kami," kata Antabu.
Antabu mempunyai dua orang anak bersekolah di Nabawan. Tidak lama lagi seorang lagi anaknya akan masuk ke alam persekolahan. Anak sulungnya kini bersekolah di Indonesia yang terletak di kawasan sempadan Pensiangan-Kalimatan Timur dan menumpang dengan saudara-mara.
Bagi Pengerusi JKKK Kampung Saliliran, Agim Sula, perhatian yang diberi oleh kerajaan untuk membangunkan rakyat melalui pendidikan dapat dilihat daripada kesungguhan yang ditunjukkan oleh Mohd. Puad yang sanggup berjalan kaki untuk melihat sendiri keperluan penduduk di kawasan itu.
Selain SK Saliliran, Mohd. Puad turut melawat SK Kuala Salong, SK Pensiangan, SK Loggongon, SK Tinanduk dan SK Sibanggali dalam lingkungan kawasan daerah kecil Pagalungan.
Turut menyertai rombongan itu ialah Pengarah Pelajaran Sabah, Dr. Muhiddin Yusin, Ketua UMNO Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin dan Pegawai Pelajaran Daerah Nabawan, Osman Aganduk. - Bernama